fbpx

Ahli Majlis, ketua kampung telah ditamatkan perkhidmatan 31 Disember lalu – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap kepada pemberita di Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri telah menamatkan perkhidmatan kesemua pemegang jawatan Ahli Majlis dan ketua-ketua kampung pada 31 Disember 2022.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri sedang dalam proses untuk memilih orang-orang baharu bagi mengisi kekosongan tersebut.

“Kita telah pun mengeluarkan pekeliling iaitu semua pemegang jawatan Ahli Majlis Bandaran termasuk Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Daerah serta ketua-ketua kampung telah pun ditamatkan perkhidmatan mereka pada 31 Disember 2022.

“Ahli Majlis adalah wakil-wakil parti pemerintah, jadi kita kena duduk semeja untuk mencapai persetujuan bagi melantik wakil-wakil parti pemerintah di semua 15 pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada pemberita dalam majlis pecah tanah Projek Perumahan Lahat Eco City di sini hari ini.

Menurutnya, bagi peringkat ketua kampung, pihaknya sedang menunggu format yang akan diluluskan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Ketua kampung pun sama, kita tunggu format yang akan diluluskan KKDW.

“Mereka di peringkat kementerian sedang menyusun format ketua kampung. Apabila kita dapat format itu, maka kita akan melakukan proses untuk memilih dan menamakan ketua-ketua kampung baharu bagi peringkat negeri Perak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI