fbpx

Poligami itu indah kalau suami berlaku adil – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah menafikan diribya antipoligami seperti dilabelkan segelintir pihak.

KUALA LUMPUR – “Poligami itu indah kalau suami berlaku adil.” 

Itu yang ditegaskan oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengenai pergolakan rumah tangganya apabila Syamsul Yusof yang bertindak berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu di Thailand.

Ujar Puteri Sarah, dia bukanlah seorang wanita yang bersikap antipoligami seperti dilabelkan ramai sebelum ini.

“Ingin ditekankan bahawa saya bukanlah antipoligami dan ada juga orang label saya sebagai isteri derhaka kerana menuntut cerai.

“Sebenarnya poligami itu indah jika seorang suami itu bersikap adil tetapi saya ditipu oleh suami sendiri sebab dia sendiri tidak mahu berbincang sebelum ini. 

“Jadi, semua benda pun sudah berlaku dan selama ini sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini. 

Katanya lagi, dia reda dengan aturan hidup terutama apabila sudah memperjuang hak dan mempertahan rumah tangganya selama sembilan tahun.

“Saya sudah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan melakukan yang terbaik. 

“Selain itu, saya sudah bincang dengan ahli keluarga dan mereka semua setuju dengan tindakan yang dibuat hari ini,” katanya lagi.

Disoal kesihatan mental selepas melalui kemelut rumah tangga yang tidak berkesudahan, pelakon Suri Hati itu memberitahu keadaan emosinya masih baik.

“Bila ada kerja di set penggambaran, saya rasa lebih kuat kerana dapat jumpa kawan-kawan dan bersosial. 

“Segala masalah saya letak di belakang dan berasa sangat lega sekarang,” katanya. 

Sementara itu, kedua-dua anaknya berada dalam keadaan baik dan tidak mengetahui kehadiran dirinya ke mahkamah hari ini. 

“Anak-anak tidak tahu apa-apa dan mereka masih berada di bawah jagaan mak dan ibu mentua saya. 

“Mereka gembira seperti biasa dan tidak tahu apa-apa mengenai proses permohonan perceraian hari ini,” ujarnya.

Semalam, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Kemelut rumah tangga pasangan popular terbabit berlarutan sejak empat tahun lalu dan meledak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah kali kedua pada 6 Januari lalu.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Sumayyah kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI