fbpx

Piala Dunia Hoki: Bukan masa tuding cari salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara gagal menyaingi Belanda apabila tewas 0-4 pada aksi pertama, namun perlu segera bangkit menentang Chile.

ROURKELA – Ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj mempertahankan kesilapan dilakukan pemain pertahanan, Muhammad Amirul Hamizan Azahar selepas tewas 0-4 kepada Belanda pada aksi pertama Piala Dunia 2023.

Amirul Hamizan, 23, memberikan penalti stroke kepada Belanda yang membolehkan naib juara edisi 2014 dan 2018 itu menggandakan kedudukan, sekali gus dilihat mengubah keseluruhan detik perlawanan tersebut.

Disebabkan itu, Malaysian Tigers terpaksa akur tewas 0-4 kepada The Oranje dan kini berdepan misi wajib menang ke atas Chile dalam aksi kedua Kumpulan C di Stadium Hoki Birsa Munda hari ini.

“Kesilapan individu memberikan (penalti) stroke. Dia masih muda, baru dalam pasukan dan mempunyai masa depan yang cerah. Dia akan belajar daripada kesilapan itu.

“Selepas itu, dia tunjukkan reaksi yang bagus dan lakukan begitu banyak kerja buat pasukan. Kita perlu positif dan beri ruang kepada pemain muda menentang pasukan-pasukan hebat di dunia seperti Belanda,” kata Arul.

Corak permainan pasukan negara pastinya akan lebih me­nyerang bertemu Chile berban­ding mengambil pendekatan bersabar dan menanti kesilapan dilakukan lawan seperti menentang Belanda kelmarin.

Justeru, Arul menuntut kemenangan daripada anak-anak buahnya selepas mereka telah diberikan maklumat mengenai setiap pemain Chile.

“Pemain perlu tunjukkan persembahan terbaik bertemu Chile. Kami yakin akan beraksi lebih menyerang menentang mereka,” jelasnya.

Sementara itu, kapten negara, Muhammad Marhan Mohd. Jalil berharap dia dan rakan sepasukannya mengelak melakukan kesilapan mudah seperti menentang Belanda jika mahu me­ngutip tiga mata ke atas skuad La Roja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI