fbpx

Jemaah menteri, penjawat awam perlu tekad bawa perubahan pentadbiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika hadir pada sesi Perjumpaan Bersama Warga JPM Bagi Bulan Januari 2023 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Barisan jemaah menteri dan penjawat awam diseru untuk terus membulatkan kerjasama dalam usaha mewujudkan sistem pentadbiran lebih baik dan telus sekali gus berupaya mengangkat martabat bangsa serta negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persefahaman itu merupakan satu tekad beliau agar wujud sebuah kerjasama dalam mengurus negara lebih-lebih lagi jika mahu melakukan sebarang pembaharuan.

“Semalam kita ada pemukiman menteri-menteri, itupun sepanjang hari, tetapi ada kelainannya, pertama bukan sahaja (mendengar) pandangan menteri, tetapi kita undang Ketua Setiausaha Negara, manta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan ketua-ketua jabatan.

“Bulan lalu, saya tekankan keperluan dan keserasian kesefahaman antara pimpinan eksekutif negara dan penjawat awam supaya betul-betul erat dan ini julung kali diadakan di mana menteri juga sebahagian besar daripada acara ini iaitu mendengar pandangan.

“Ini belum selesai, belum ada Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain tentang bidang tugas dan peranan masing-masing supaya ada persefahaman yang baik,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI