fbpx

Hilang kawalan punca Vellfire rempuh kenderaan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) selepas tol Damansara, Petaling Jaya, malam semalam.

PETALING JAYA – Kereta jenis Toyota Fortuner milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) rosak selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang hilang kawalan di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) selepas tol Damansara, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu kira-kira pukul 12.10 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu telah berlaku sekitar pukul 10 malam, semalam.

“Kejadian berlaku apabila MPV Toyota Vellfire yang dipandu di lorong kiri oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun telah hilang kawalan.

“Ekoran itu, kereta Toyota Fortuner milik JPJ yang sedang melakukan rondaan di lorong kecemasan telah terbabas ke kiri jalan selepas berlanggar dengan kereta Toyota Vellfire tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhruddin, akibat perlanggaran itu, anggota JPJ lelaki berusia 38 tahun yang berada di sebelah kiri pemandu mengalami kecederaan ringan di bahu.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Columbia untuk menerima rawatan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI