fbpx

Waris kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak lelaki ditemui di tepi jalan di Cheras Utama, kelmarin.

KAJANG – Polis masih mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki warga asing dipercayai mangsa dera yang ditemui di tepi jalan di Cheras Utama di sini, kelmarin.

Kanak-kanak lelaki itu ditemukan orang awam dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi sebelum ditinggalkan bersendirian di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, berkata setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

“Kita masih mengesan waris mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kajang menerima panggilan kecemasan mengenai kanak-kanak terbabit daripada seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 11.30 malam.

Kanak-kanak yang berusia lingkungan empat tahun itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dan mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuh, tangan dan dahi mangsa.

Bagaimanapun, pihak polis gagal menemukan sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Zaiyaudi Mohd. Yaakub di talian 019-5355395 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI