fbpx

MOTAC salur Melaka RM380,000 termasuk peruntukan khas menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
King Sing (kiri) ketika membuat lawatan di Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka hari ini.

MELAKA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyalurkan peruntukan berjumlah RM380,000 bagi membantu menaik taraf lokasi-lokasi pelancongan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, peruntukan berjumlah RM250,000 adalah bagi menaik taraf Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, manakala RM130,000 merupakan dana khas daripadanya sebagai menteri di kementerian berkenaan.

“Hari ini saya mengadakan lawatan kerja sehari di sini untuk melihat usaha-usaha dan kerjasama yang boleh dilakukan bagi menaik taraf produk-produk pelancongan di Melaka.

“Sehubungan itu, MOTAC bersetuju menyalurkan RM250,000 untuk Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh serta tambahan RM130,000 lagi di bawah peruntukan khas saya bagi lokasi tumpuan pelancong yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja seharinya ke Melaka di Pejabat Jonker Walk di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Saraya Arbi, Pengarah MOTAC Melaka Jay Yeow C.C dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha menaik taraf itu juga penting untuk menarik minat pelancong dari seluruh dunia termasuk China, Thailand dan Indonesia untuk melancong ke negara ini.

“Sebab itu, kita juga amat berharap peranan media membantu mempromosikan pelancongan terutamanya di Melaka dan tidak memberikan mesej atau imej negatif kepada seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI