fbpx

Mangsa nahas hilang kaki, terpaksa mengengsot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazli (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan YPM kepada Mohamad Shahrul Rizal (tengah) di Pasir Puteh kelmarin. – TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak yang putus kaki kiri akibat dihempap batang besi dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kampung Dalam Kemunting, di sini terpaksa mengengsot sejak enam bulan lalu untuk menjalani kehidupan harian.

Mohamad Shahrul Rizal Mohd. Azizi, 12, yang tinggal bersama datuknya, Abdul Hamid Ali, 60, kini terpaksa mengengsot setiap kali mahu ke tandas selain amat rindukan suasana persekolahan.
Shahrul Rizal berkata, namun impian itu terpaksa dilupakan seketika apabila kaki kiri yang dipotong masih belum sembuh sepenuhnya selain perlu menjalani rawatan fisiote­rapi di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

“Buat masa ini, kaki palsu boleh diukur ikut saiz betis yang dipotong apabila kea­daan tulang dan daging masih membengkak. Alhamdulillah, ramai yang da­tang memberi sumbangan.

“Kebanyakan penyumbang minta saya bersabar dan beri kata-kata semangat agar tidak mudah berputus asa. Saya amat rindukan sekolah dan kawan-kawan kerana sudah lebih enam bulan tercicir,” katanya selepas kunjungan dan penyampaian sumbangan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Kampung Gong Kala, di sini kelmarin.

Berita berkaitan: Brek gagal berfungsi punca treler bawa besi terbalik

Pengarah Mara Kelantan, Fazli Rizal menyumbangkan wang tunai RM500 dan kelengkapan peralatan sekolah kepada Shahrul Rizal yang merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bukit Bawang, di sini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang ibu tunggal maut, manakala anak lelakinya putus kaki kiri selepas motosikal di­naiki dihempap muatan besi sebuah treler yang terbalik di simpang empat lampu isyarat di Kampung Dalam Kemunting, di sini pada 14 Julai 2022.

Ujarnya, buat masa ini, dia masih berpantang dengan hanya­ makan nasi dan ayam goreng ­tanpa menjamah sebarang makanan yang boleh menyebabkan alahan atau kesan gatal di sekitar kaki yang dipotong.

Sementara itu, Fazli berkata, kisah menimpa anak yatim itu mendapat perhatian YPM yang turut prihatin dan tampil membantu menerusi Program Mara Prihatin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI