fbpx

EPL: Man. United bangkit atasi Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCUS Rashford (kiri) muncul wira Man. United selepas meledak gol kedua untuk atasi Man. City 2-1 di Old Trafford. - AFP

MANCHESTER – Kebangkitan yang dijelmakan pada 15 minit terakhir memastikan kemenangan 2-1 Manchester United ke atas kelab setempat, Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.

Sejak dilatih Erik ten Hag, Red Devils nyata sedang berada pada prestasi terbaik dan hasrat rakan sejawatnya, Pep Guardiola untuk meraih kemenangan pada penampilan ke 500 sebagai pengurus dalam pertandingan utama tidak terlaksana.

Pada perlawanan kali ini, tonggak antarabangsa England, Marcus Rashford muncul wira tuan rumah dan kejayaan ini memastikan kemenangan kesembilan berturut-turut diraih Man. United.

Terdahulu, daripada segi peratusan permainan ia jelas berpihak kepada Man. City yang menguasai 69 peratus babak pertama dan penjaga golnya, Ederson menjadi topik perbincangan utama khususnya ketika melakukan kesilapan pada minit ke-34.

Insiden itu membuka peluang buat Rashford membuka jaringan sebaliknya tolakan dilakukannya berjaya disekat oleh Manuel Akanji di kawasan berhampiran garisan gol.

Selang tiga minit selepas itu, Rashford sekali lagi dihidangkan peluang terbaik namun kali ini Ederson bertindak cemerlang untuk melakukan halangan sekaligus menyaksikan 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Keputusan Guardiola memasukkan Jack Grealish bagi menggantikan Phil Foden pada minit ke-57 jelas menjadi percaturan berbaloi apabila pemain itu hanya memerlukan 193 saat untuk menghadirkan impak buat The Citizens, meledak gol pembukaan perlawanan selepas bijak membaca umpanan dilakukan Kevin De Bruyne.

Minit ke-79, Bruno Fernandes mencetuskan kebangkitan Red Devils dengan meledak gol penyamaan dan selang tiga minit selepas itu, giliran Rashford untuk melakar nama selaku penjaring gol buat tuan rumah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI