fbpx

Barcelona, Real bakal buat perhitungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA mara ke pentas final Piala Super Sepanyol selepas menundukkan Betis untuk membuat perhitungan dengan Real malam esok. – AFP

RIYADH – Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen puas dapat membantu pasukan mara ke final Piala Super Sepanyol dengan menewaskan Real Betis menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas aksi terikat 2-2 pada masa tambahan awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Ter Stegen berjaya menepis sepakan penalti yang diambil oleh Juanmi­ dan William Carvalho untuk memastikan skuad kendalian Xavi Hernandez dapat membuat perhitungan menentang seteru tradisi, Real Madrid di pentas ­final malam esok.

Kata Ter Stegen, perlawanan tersebut boleh dianggap antara yang terbaik untuk ditonton oleh penyokong kerana saingan yang berlangsung lebih 120 minit itu cukup dramatik selain kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang positif.

“Saya gembira dengan aksi kali ini kerana ia adalah perlawanan yang menarik untuk disaksikan khususnya apabila Betis tidak memberikan sebarang laluan mudah buat kami dan turut berjaya menguasai saingan khusus­nya di jentera tengah.

“Secara peribadi, saya cukup bangga dan prestasi yang dipamerkan pada penentuan penalti kali ini adalah untuk meneruskan momentum kerana ketika ini saya rasakan seperti be­rada di puncak karier,” kata penjaga gol antarabangsa Jerman itu.

Sementara itu, Xavi mengakui sangat gembira dengan impak yang diberikan oleh penyerang sensasi, Ansu Fati yang menja­ringkan gol pada masa tambahan selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Antara perkara yang saya ralat pada aksi kali ini adalah gagal memasukkan Fati lebih awal kerana jika dia ada di atas padang, mungkin kemenangan awal dapat diraih. Secara jujur, dia sudah berada di prestasi terbaik selain bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI