fbpx

4 cedera terbabit kebakaran sebuah unit pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang cedera dalam kebakaran awal pagi tadi. -Foto Ihsan Bomba

SUNGAI BULOH – Seramai empat daripada tujuh individu cedera selepas tempat tinggal mereka terbabit dalam kebakaran di sebuah unit pangsapuri Persiaran Perdana, Desa Aman Puri, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Rosdi Hainan berkata, panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu diterima sekitar pukul 3.14 pagi.

Katanya, seramai 16 kekuatan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Selayang telah dikerahkan untuk ke lokasi kejadian.

“Kami mendapati sebuah rumah di tingkat satu di bangunan 12 tingkat tersebut telah terbakar.

“Difahamkan, kebakaran yang bermula dari sofa di ruang tamu telah merebak ke sebahagian struktur rumah,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tujuh penghuni rumah terdiri daripada lima orang dewasa dan dua kanak-kanak telah menyelamatkan diri sebelum api marak dan kebakaran telah padam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

“Tujuh mangsa berkenaan terdiri daripada tiga lelaki dewasa, dua wanita, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Dua wanita masing-masing mengalami cedera di bahagian tangan dan bahagian muka manakala dua kanak-kanak turut cedera,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa telah dihantar ke Hospital Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI