fbpx

RM68.7 juta kos bina pasar awam Bandar Cassia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Pasar Awam dan Penjaja Bandar Cassia di Batu Kawan, hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah pasar awam dan penjaja bernilai RM68.7 juta kini sedang dibangunkan di atas tanah berkeluasan kira-kira 3.1 hektar milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Bandar Cassia, Batu Kawan di sini dan dijangka siap menjelang 2025.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek tersebut terbahagi kepada dua fasa dengan fasa pertama telah bermula sejak 7 November tahun lalu..

“Projek pembangunan ini merangkumi beberapa komponen utama seperti pasar awam yang mempunyai 160 ruang penjaja, sebuah kompleks makanan yang menempatkan 52 unit gerai, 753 parkir kenderaan dan lain-lain.

“Fasa pertama untuk projek ini melibatkan kerja dan rawatan tanah manakala fasa kedua pula merangkumi pembinaan bangunan dan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Pasar Awam dan Penjaja Bandar Cassia yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan serta Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, di sini hari ini.

“Kerajaan negeri yakin projek ini dapat memberi nilai tambah untuk kawasan di Seberang Perai Selatan (SPS) khususnya apabila ia siap kelak.

“Ini sekali gus membolehkan rakyat (penduduk setempat) berpeluang menjana pendapatan selain menikmati kehidupan yang lebih baik,” ujar beliau yang berharap agar projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI