fbpx

Perwakilan sedih Najib tiada di PAU 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhruddin

PETALING JAYA – “Sudah tentu kita semua berasa sedih dan sebak, buat pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersama kita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, kesedihan itu malah terasa semasa Upacara Menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang namun menegaskan, semangat, amanat dan perjuangan Najib selama ini sentiasa bersama perwakilan UMNO.

“Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati Datuk Seri Najib Razak. Perwakilan UMNO Pekan tetap bersemangat tinggi, memastikan kelangsungan parti keramat UMNO ini demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Kini tiba masa untuk UMNO mengembalikan Malaysia ke landasan terbaik demi masa depan yang terjamin untuk semua rakyat dengan idea-idea terbaik dan kepimpinan yang terbukti berkemampuan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI