fbpx

Final Piala AFF: Vietnam bangkit ikat Thailand 2-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Thailand, Theerathon Bunmathan menjadi salah nadi pasukan untuk mengikat Vietnam 2-2 di Hanoi sebentar tadi. - Foto ihsan FA Thailand / Changsuek

HANOI – Pasukan Vietnam terpaksa bermandi peluh sebelum dapat mengikat juara bertahan, Thailand dengan keputusan 2-2 pada aksi final pertama Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Naga Emas kendalian Park Hang-seo membariskan kesebelasan terbaik dengan kehadiran pemain-pemain utama Nguyen Tien Linh, Phạm Tuan Hai dan Nguyen Quang Hai.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan yang dilakukan oleh Tien Linh menerusi tandukan selepas menerima hantaran Que Ngoc Hai pada minit ke-24.

Thailand hampir menyamakan kedudukan pada babak pertama tetapi rembatan percuma yang dilakukan oleh Theerathon Bunmathan sekadar menggegar palang gol.

Bersambung pada babak kedua, pasukan Gajah Perang bimbingan Alexandre Polking akhirnya meraih gol penyamaan menerusi penyudah penyerang muda, Poramet Arjvirai pada minit ke-48.

Momentum tersebut digunakan oleh pasukan pelawat untuk mendahului saingan dan kini giliran Sarach Yooyen mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-63.

Ketika berada di ambang kekalahan, Vietnam bangkit menyamakan kedudukan hasil rembatan jarak jauh yang dilakukan oleh Vu Van Tanh pada minit ke-88 sekali gus menyaksikan kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Aksi final kedua akan berlangsung di Stadium Thammasat, Bangkok pada Isnin depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI