fbpx

Dilantik Pengerusi Yayasan Komanwel, Sudha Devi terima ucapan tahniah PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sudha Devi.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Sudha Devi KR Vasudevan, selepas beliau dilantik semula untuk penggal kedua sebagai Pengerusi Yayasan Komanwel.

Ucapan itu dizahirkan Anwar menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau tadi yang antara lain menjelaskan pelantikan Sudha Devi turut menerima sokongan kesemua 56 negara anggota Komanwel.

“Saya utus tahniah buat Datuk Sudha Devi KR Vasudevan yang telah dilantik semula untuk penggal kedua sebagai Pengerusi Yayasan Komanwel.

“Pelantikan semula beliau sebagai Pengerusi Yayasan tersebut telah menerima sokongan secara konsensus dari kesemua 56 negara anggota Komanwel.

“Beliau merupakan rakyat Malaysia dan wakil benua Asia pertama yang memegang jawatan sebagai Pengerusi sejak penubuhan Yayasan tersebut pada tahun 1966,” katanya.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia itu pertama kali dipilih mengetuai yayasan itu pada 2020 melalui pemilihan yang berlangsung di London dan menjadi orang Asia pertama dipilih sebagai Pengerusi sejak penubuhan yayasan itu pada 1966.

Sebagai pengerusi Yayasan Komanwel, Sudha Devi akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengelola, mewakili yayasan pada mesyuarat dan acara antara kerajaan dan berkhidmat sebagai duta untuk mempromosi visi dan nilai yayasan.

Yayasan Komanwel ditubuhkan untuk menyokong dan mengukuhkan penyertaan rakyat, terutama melalui Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dalam membangunkan masyarakat demokratik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI