fbpx

[VIDEO] Anggota bomba pujuk anjing ‘merajuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha memujuk anjing berkenaan untuk menyelamatkannya.

PETALING JAYA – Anggota bomba mengambil masa bagi memujuk seekor anjing di beranda bangunan tinggi yang merajuk demi menyelamatkannya daripada terjatuh.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) memaparkan gelagat seekor anjing yang disifatkan seolah-olah merajuk apabila dia memalingkan wajah enggan melihat anggota bomba berkenaan.

“Bukan senang hendak memujuknya. Abang bomba juga yang perlu memberi ayat manis,” kata pihak JPBM menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anjing tersebut sekali gus menyifatkan hal itu jarang berlaku.

“Jarang nampak anjing merajuk. Kalau kucing, selalu juga. Bertambah lagak diva mereka,” komen seorang pengguna Facebook, Mohamad Nurfirdaus.

“Pujuk orang banyak kali dilihat. Pertama kali melihat anjing dipujuk. Rasa comel sungguh abang bomba dan anjing ini,” tulis pengguna lain, Kelvin.

“Abang, bagilah dia masuk pasukan anjing pengesan (K9), kasihan. Mungkin dia merajuk sebab sudah lama memohon mahu turut serta pasukan itu,” kata netizen, Priscillia Jay.

Seorang pengguna, Anida Mastura Mohamed berterima kasih kepada pihak anggota bomba yang selalu ada walaupun masalah sekecil-kecil katak dalam bilik air dan mendoakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Hantaran itu telah meraih sebanyak 15,000 maklum balas daripada netizen, 1,500 komen, dan 3,700 perkongsian setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI