fbpx

Agong rai pasukan badminton Piala Thomas 1967 di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika bergambar bersama pasukan badminton Piala Thomas 1967 negara dan bekas wartawan sukan.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis santapan petang bersama ahli pasukan badminton Piala Thomas 1967 negara di Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat, pada majlis berkenaan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam kenyataan yang di keluarkan Istana Negara hari ini, memaklumkan ahli pasukan yang hadir adalah Datuk Yew Cheng Hoe, Datuk Billy Ng, Datuk Tan Yee Khan, Datuk Teh Kew San dan Tan Aik Huang.

“Turut hadir, ialah dua bekas pemain badminton Piala Uber negara era 50-an dan 70-an, Jean Moey dan Sylvia Ng, dan pemain badminton Piala Thomas 1976 negara, Datuk James Selvaraj.

“Kejohanan badminton Piala Thomas 1967 telah dianjurkan di Istora Senayan , Jakarta, Indonesia. Malaysia menjadi juara untuk kali keempat selepas menumpaskan tuan rumah, Indonesia, 6-3 pada perlawanan akhir,” kata kenyataan itu.

Selain meraikan dan beramah mesra dengan mereka, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bekas pemain badminton tersebut atas jasa dan sumbangan besar mereka kepada negara.

Turut hadir, bekas wartawan-wartawan sukan iaitu Datuk Fauzi Omar, Datuk Yong Soo Heong, Datuk George Das, Datuk Lazarus Rokk dan Datuk Johnson Fernandez. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI