fbpx

30 ‘hot spot’ nahas, trafik sesak musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Polis Diraja Malaysia PDRM (PDRM) mengesan 30 lokasi panas berlaku nahas dan kesesakan trafik di seluruh negara sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lokasi-lokasi terlibat meliputi kawasan di lebuh raya, jalan persekutuan dan negeri.

“Ada 30 lokasi hot spot yang berisiko untuk nahas dan mengalami kesesakan lalu lintas, semua tempat ada termasuk di lebuh raya, jalan persekutuan serta negeri.

“Risiko ini disebabkan enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu laju, menggunakan telefon bimbit, potong garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan potong garisan,” katanya.

Razarudin Husain pada sidang akhbar Majlis Perlancaran OP Selamat 1923 bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan), Melaka. FOTO SYAFEEQ AHMAD

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Op Selamat 19/23 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik akan ditugaskan dalam memastikan kelancaran lalu lintas, manakala 5,875 personel lain melibatkan Unit Rondaan Bermotor (URB) serta kereta peronda polis (MPV).

“Kita bukan sahaja tertumpu kepada trafik tetapi juga keselamatan lain termasuk rondaan di kawasan perumahan bagi mengekang jenayah pecah rumah pada musim perayaan ini.

“PDRM turut mewujudkan beberapa pasukan khas termasuk Unit Siasatan Lebuh Raya dan Unit Risikan Operasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI