fbpx

Skuad hoki negara tewas tipis kepada Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL berpuas hati dengan prestasi para pemain walaupun tewas 2-3 kepada Sepanyol dalam aksi pemanas badan di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.

BHUBANESWAR – Skuad hoki negara mempamerkan persembahan memberangsangkan biarpun tewas 2-3 kepada Sepanyol dalam aksi pemanas badan di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela sebentar tadi.

Walaupun keputusan tidak memihak tetapi objektif dalam aksi persahabatan itu menggembirakan ketua jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj memandangkan ia adalah persediaan terakhir sebelum tirai Piala Dunia Hoki 2023 bermula.

Pujian juga wajar diberikena kepada barisan pemain Malaysian Tigers kerana berjaya mengimbangi perlawanan menentang pasukan ranking lebih tinggi, No.8 dunia dalam tempoh 45 minit permainan.

Apatah lagi Sepanyol kini diperkuatkan dengan kehadiran penyerang, Joaquin Menini yang pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2016 bersama Argentina sebelum menukar kerakyatan tahun lepas.

“Satu keputusan yang bagus dan memuaskan dari segi pendekatan taktikal. Kita gunakan aksi ini seperti menentang Belanda, Chile dan New Zealand nanti.

“Walaupun kita cuma bermain tiga suku masa permainan sahaja tetapi keputusan 2-3 ini memuaskan melihat kepada taktikal disiplin para pemain,” kata Arul selepas tamat perlawanan.

Dua gol skuad negara yang berada di ranking ke-11 dunia, diraih menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Aminuddin Mohd. Zain dan jaringan padang Norsyafiq Sumantri.

Speedy Tigers akan membuka tirai aksi pertama Kumpulan C bertemu gergasi No.3 dunia, Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda pada Sabtu ini sebelum menentang Chile di venue sama dua hari kemudian.

Selepas itu, skuad negara akan menghadapi aksi terakhir Kumpulan C menentang New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada 19 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI