fbpx

Lima unit kedai musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran membabitkan lima unit kedai berhampiran bangunan Blok C PPR Batu Muda, di sini, tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Lima unit kedai hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku berhampiran bangunan Blok C PPR Batu Muda, di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Muhammad Faizon Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1 tengah hari tadi.

Jelasnya, seramai 21 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak, BBP Jinjang dan BBP Sentul bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kebakaran membabitkan lima unit kedai yang berkeluasan 3×3 meter persegi setiap unit.

“Ekoran kebakaran itu, dua unit kedai hangus terbakar hampir 80 peratus.

“Dua unit hangus 20 peratus manakala satu unit lagi mengalami kemusnahan sebanyak 10 peratus,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam insiden kebakaran berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI