fbpx

Hentikan segera amalan politik wang dalam UMNO – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agong Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO di WTC Kuala Lumpur. - AMIR KHALID.

KUALA LUMPUR – Amalan politik wang perlu ‘dibunuh’ segera kerana ia telah menyebabkan UMNO tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu dan semakin lemah ketika ini.

Justeru, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru semua ahli segera memerangi tabiat tersebut kerana ia adalah perkara yang sangat memalukan serta menjijikkan.

“Kepada semua ahli UMNO, sedarlah, politik wang adalah jelik, jijik dan sangat keji. Keji pada agama, keji pada adat, keji pada amalan.

“UMNO hanya untuk mereka yang bersih, berjuang, dan mengasihi bangsanya. Kita mesti membunuh politik wang, sebelum politik wang membunuh UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama, Mohamad berkata, antara punca kekalahan UMNO pada PRU15 juga adalah kerana strategi ‘perang kognitif’ yang digunakan parti lawan terutamanya Perikatan Nasional (PN) sangat berjaya.

Katanya, tsunami Melayu telah melanda Utara dan Pantai Timur Semenanjung dengan pengundi Melayu berduyun-duyun menolak UMNO.

“Inilah yang PN lakukan dengan berkesan, mempengaruhi golongan muda seperti pengguna Tik Tok, Instagram dengan melancarkan, perang besar-besaran, ‘content’ yang toksik untuk mengajak orang Melayu membenci, serta meninggalkan UMNO.

“Kita tewas tanpa memenangi satu kerusi parlimen pun di Kelantan, Terengganu dan Perlis,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI