fbpx

Tentera Udara mata dan telinga lindungi kedaulatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan.

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan mata dan telinga kepada semua perkhidmatan Angakatan Tentera Malaysia (ATM) melindungi kedaulatan negara daripada ancaman serta pencerobohan asing.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, TUDM merupakan sebuah badan yang mampu mengesan serta mengkordinasi kesemua perkhidmatan keselamatan darat dan laut dalam mengatur strategi sekiranya berlaku ancaman.

“Saya amat berbangga dapat pasukan TUDM yang amat mantap, mempunyai semangat jati diri yang sangat kuat walaupun banyak kekangan dalam kerja harian mereka termasuk dari segi kelengkapan aset ketenteraan dalam menghadapi ancaman.

“Kelengkapan aset-aset yang sedia ada pada TUDM adalah sudah berumur yang sepatutnya sudah boleh ditamatkan perkhidmatan tetapi masih boleh digunakan lagi dan juga antaranya yang sudah mengalami kerosakan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.

Tambahnya, TUDM perlu mahir dalam hal digital untuk negara tidak terus terancam terhadap perang siber yang berlaku ketika ini.

“Kita sudah ada usaha ke arah itu dan telahpun dimulakan oleh TUDM dengan perkongsian pintar antara kementerian umpamanya dalam bentuk mengawal ruang udara negara apabila Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan atau ATM bekerjasama menjalankan operasi bersama di ruang udara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI