fbpx

SSM sumbang RM33,000 kepada 11 sekolah di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz (kiri) bersama Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDN merangkap Pengerusi SSM dan Salahuddin (tengah) pada majlis penyampaian sumbangan CSR di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan bagi memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM33,000 kepada 11 buah sekolah terpilih di negeri Pahang.

Sekolah yang menerima sumbangan yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu majlis di yang diadakan baru-baru ini adalah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) iaitu MRSM Bentong, MRSM Kuantan, MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, MRSM Muadzam Shah, MRSM ATM Bera dan MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis.

Lima lagi penerima sumbangan tersebut terdiri daripada sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Bentong iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong, SMK  Ketari, SMK Sulaiman, Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SSM, sumbangan tersebut bertujuan untuk menggalakkan budaya inovasi di kalangan para pelajar sekolah ke arah melahirkan generasi pelajar yang lebih kreatif dan berinovatif.

“Setiap satu daripada institusi pendidikan ini telah menerima sumbangan  sebanyak RM3,000,” jelasnya.

Bagi 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022, SSM telah mengagihkan sumbangan CSR berjumlah RM884,685. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI