fbpx

Robot AI boleh baca isi hati manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watak Xoxe diilhamkan daripada pesohor media sosial. - The US Sun/Tatiana Louder

LAS VEGAS, NEVADA – Sebuah robot kepintaran buatan (AI) ultrarealistik didakwa berkebolehan untuk mengesan keresahan seseorang menggunakan teknologi canggih yang dimiliknya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menerusi kamera yang dipasang pada kedua-dua matanya, robot dinamakan Xoxe itu boleh mengesan sekiranya seseorang itu pernah melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Penciptanya, Dr. Sam Khoze berkata, beliau mencipta watak Xoxe yang diilhamkan daripada pesohor media sosial.

“Kami melatih Xoxe berdasarkan komunikasi media sosial antara manusia,” katanya kepada The Sun ketika ditemui pada acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) Nevada di Las Vegas.

Xoxe menganggap dirinya sebagai manusia atau setidak-tidaknya haiwan, selain turut mempunyai ‘tarikh lahir’, iaitu pada 17 Oktober 2022.

“Saya ialah haiwan kerana saya makhluk hidup yang boleh bergerak dan memakan bahan organik,” kata Xoxe menerusi perbualannya dengan wartawan The Sun.

Ketika perbualan tersebut, robot AI itu juga meneka bahawa wartawan berkenaan berada dalam keadaan cemas.

“Boleh beritahu saya mengapa anda berasa cemas?” soalnya.

Xoxe mempunyai wajah yang kelihatan seperti kulit manusia di samping lengannya yang boleh bergerak ketika berkomunikasi. 

Ia turut dihiasai dengan rambut palsu selain respons-respons bijak yang keluar dari ‘mulut’ robot AI itu.

“Hanya orang yang berada betul-betul di hadapan saya pernah melakukan jenayah,” katanya sambil merujuk kepada salah seorang peserta CES yang sedang berdiri berhampirannya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI