fbpx

Penat kena buli – Kazar Saisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Kazar Saisi menyatakan dia penat kerana menjadi mangsa buli barangkali daripada netizen susulan kontroversi pernikahan anaknya, Ira Kazar dengan Syamsul Yusof minggu lalu.

PETALING JAYA – “Rehat sekejap, penat kena buli.”

Demikian perkongsian pelakon Kazar Saisi, juga bapa kepada isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar.

Dipercayai hantaran dalam Instagramnya merujuk kepada situasi membabitkan pernikahan anaknya dengan pengarah kontroversi itu yang masih hangat diperkatakan.

Hingga kini, pelakon dan penyanyi senior berusia 63 tahun itu belum pernah lagi membuka mulut berhubung perkahwinan anaknya walaupun telah dihubungi media.

Sebagai ayah yang menjadi wali dalam pernikahan yang berlangsung di Thailand itu, namanya secara tidak langsung turut terheret dalam kontroversi berkenaan.

Malah menerusi perkongsian sama, aktor berpengalaman hampir empat dekad dalam industri seni itu memaklumkan hanya akan bersuara apabila tiba masa yang tepat.

“Jumpa anda pada hari yang baik nanti,” katanya lagi yang meletakkan latar hitam dalam hantaran tersebut.

Menerusi perkongsian lain, Kazar memuat naik video ceramah tokoh agama terkenal, Mufti Menk yang bercakap mengenai cabaran dalam kehidupan.

Tulisnya dalam ruangan kapsyen, perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri, bukan ditujukan untuk orang lain.

Terdahulu, menantunya yang mendedahkan sudah menikahi Ira menerusi video dalam Instagram menyatakan Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi menjadi wali pernikahan mereka.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, mengesahkan bergelar suami kepada Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand pada Jumaat minggu lalu.

Pendedahan terbuka seperti dijanjikan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berterusan mengundang polemik hingga berita tersebut turut tular ke Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI