fbpx

Nilai kontrak Haily bertambah kepada RM631.16 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haily aktif membangunkan projek hartanah di Johor Bahru. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) telah memenangi kontrak RM37.85 juta untuk membina projek hartanah komersial bagi pembangunan Crest@Austin di Johor Bahru (JB).

Melalui pemilikan kontrak baharu tersebut, pakar pembinaan itu optimis untuk mencatat pertumbuhan yang baik pada tahun ini dengan membolehkan ia mencatat nilai kontrak bertambah kepada RM631.16 juta.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily,  See Tin Hai berkata, anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn. Bhd, telah menerima surat anugerah daripada RDC Arkitek Sdn. Bhd. untuk membina 77 unit pejabat kedai tiga tingkat di Bandar Jaya Putra, JB dan tiga unit pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

.“Dalam tempoh kurang daripada sebulan, Haily telah memenangi dua kontrak utama iaitu kontrak bernilai RM52.30 juta daripada anak syarikat Mah Sing Group Berhad yang diterima pada 29 Disember 2022 dan anugerah terbaharu ini daripada Austin Senibong bernilai RM37.85 juta. 

“Ini menunjukkan bahawa Kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk memacu pertumbuhan industri, memandangkan sektor hartanah melihat pemulihan yang stabil,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ambah beliau, melalui pemilikan kontrak baharu tersebut, buku pesanan Kumpulan pada masa ini terdiri daripada 25 projek yang sedang berjalan dengan jumlah nilai kontrak RM631.16 juta, dijangka siap secara berperingkat antara 2023 dan 2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI