fbpx

Mahkamah: Peguam gagal cabar kesahan pengampunan diraja Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Seorang peguam gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan di sini hari ini bagi mencabar kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak permohonan Mohd. Khairul Azam untuk mendapatkan kebenaran merayu selepas mendapati perkara itu kini bersifat akademik.

“Mahkamah sebelum ini telah membuat dapatan fakta bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan mengikut Perlembagaan. Kami bersetuju bahawa soalan yang dicadangkan oleh pemohon (Mohd Khairul) tidak memenuhi keperluan ambang di bawah Seksyen 96(a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Isu ketidakwajaran telah diselesaikan dan tiada sebab untuk meninggalkan duluan undang-undang sedia ada,” kata Tengku Maimun ketika menyampaikan keputusan hari ini melalui prosiding dalam talian.

Selain Tengku Maimun, panel itu turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan dan Vernon Ong Lam Kiat.

Mohd. Khairul Azam yang memfailkan saman pemula pada 26 Februari 2020 dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar sebagai defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Peguam itu mendakwa, pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan kerana kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Ketika itu, katanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI