fbpx

Warga Myanmar bunuh sepupu sendiri ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA PILAH – Seorang lelaki warga Myanmar ditangkap dalam cubaan melarikan diri selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang pekerja kandang ternakan di Selaru, Dangi, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kira-kira pukul 3 pagi, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki iaitu penternak haiwan, melaporkan mangsa yang juga merupakan pekerjanya telah meninggal dunia di sebuah kandang ternakan.

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala akibat dipukul dengan menggunakan alat tumpul.

“Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan terhadap seorang lelaki Myanmar yang merupakan sepupu mangsa.

“Suspek berusia 21 tahun ditangkap di tepi jalan Selaru, Dangi, tidak jauh dari tempat kejadian semasa cubaan mahu melarikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah, Negeri Sembilan telah menjumpai sebarang kayu yang padan dengan luka kecederaan pada kepala mangsa dan lain-lain bahan bukti telah di ambil di tempat kejadian.

Menurutnya, turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah beg galas yang berisi pakaian, telefon bimbit dan botol arak.

“Suspek telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI