fbpx

Video tular Aliff Aziz di kelab malam, rakan pelakon tegaskan hanya lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDAN (paling kiri) bersama dengan Aliff di kelab malam bagi menjalani penggambaran sebuah drama.

PETALING JAYA – Penyanyi Aliff Aziz kembali menjadi sebutan ramai apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki sedang berseronok di dalam kelab malam didakwa miripnya.

Tampil membantu membersihkan nama suami penyanyi Bella Astillah itu daripada terus difitnah, pelakon Ahmad Shahidan Izwan menerusi satu hantaran InstaStory menjelaskan keberadaan Aliff di kelab malam adalah demi kerja semata-mata.

“Tak pasal-pasal dia kena fitnah, #kuakadkaudenganbismillah.

“Penat aku tulis dalam InstaStory yang kami sedang jalani penggambaran,” tulisnya yang turut memuat naik beberapa video dan foto bersama Aliff di lokasi tersebut.

TANGKAP layar InstaStory milik Shahidan sekali gus menafikan dakwaan Aliff ‘berseronok’ di kelab malam.

Difahamkan, Shahidan merupakan antara pelakon yang turut membintangi drama tersebut selain Aliff dan Sophia AlBarakbah.

Menerusi video tular berdurasi satu minit tersebut, Aliff dilihat berada didalam sebuah kelab malam dan turut kelihatan ditemani seorang wanita di luar premis tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen berharap Aliff tidak lagi mengulangi kesilapan lama dan menggunakan peluang yang diberikan keluarga dan masyarakat untuk menjadi individu lebih baik.

“Terkejut tonton video itu, nasib baik hanya lakonan sebab pasti satu Malaysia marah lagi.

“Walaupun berlakon, harap Aliff tak ulang lagi kes dulu,” komen netizen.

Sebelum ini, Aliff pernah terpalit pelbagai kontroversi, termasuk curang dengan beberapa wanita, insiden pergaduhan dan kes kecurian sehingga terheret ke mahkamah di Singapura.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pernah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2019.

Jodoh panjang, pasangan itu rujuk semula sekitar bulan Julai tahun sama.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI