fbpx

Perpaduan antara kaum bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON Ago (tengah) bergambar bersama kakitangan jabatan dan agensi Kementerian Perpaduan Negara di Dewan 2020 di Kangar, hari ini.

KANGAR – Hubungan dan perpaduan antara kaum di negara ini bertambah baik berdasarkan dapatan Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2.0 yang dijalankan tahun lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, IPNas 2.0 telah dilaksanakan secara bersama dengan Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi melihat kedudukan tahap perpaduan terkini.

Katanya, pelaksanaan Kajian IPNas juga selaras dengan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Bidang Keutamaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi memperkukuhkan perpaduan untuk negara makmur.

“Kajian IPNas 2.0 menunjukkan pencapaian pada nilai 0.629  yang membawa maksud kesepaduan nasional negara berada pada tahap sederhana dan terkawal.

“Kajian itu dijalankan di seluruh Malaysia melibatkan tiga kategori responden iaitu individu, keluarga dan komuniti dengan saiz sampel sebanyak 28,613 orang,” katanya selepas majlis  amanat Menteri Perpaduan Negara bersama jabatan dan agensi kementerian negeri Kedah dan Perlis di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Katanya, kajian IPNas 2.0 dilaksanakan melalui kaedah pengedaran borang soal selidik secara dalam talian menggunakan soal selidik SurveyMonkey merangkumi pelbagai elemen.

“Tahap kesepaduan sosial pada tahun 2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.062 (6.2 peratus) daripada nilai indeks 0.567 yang dicapai pada tahun 2018,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI