fbpx

NGO Gerakan Keadilan Untuk Najib serah memorandum kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidah menunjukkan memorandum menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap penahanan tidak sahNajib di pekarangan Pejabat Perdana Menteri hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Datuk Seri Najib Razak hari ini tampil menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil jurucakap, Datuk Lokman Noor Adam ketika membacakan memorandum itu berkata,F

Menurutnya, gabungan itu percaya bahawa hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mempunyai ‘konflik yang berkepentingan’ dan tidak sepatutnya menjadi hakim yang mengendalikan kes SRC International membabitkan Najib.

“Satu tindakan drastik dan pantas harus diambil oleh kerajaan bagi memastikan Najib diberikan ruang untuk dibebaskan dan kes SRC ini dibicarakan semula dengan adil tanpa ada sebarang kepincangan dan keraguan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Terdahulu, memorandum sebanyak lima muka surat itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai.

Sementara itu, seorang lagi wakil jurucakap, Datuk Hamidah Osman berkata, penyerahan memorandum itu berkemungkinan yang terakhir daripada gabungan berkenaan memandangkan mereka sudah menyerahkan ia kepada beberapa pihak sebelum ini termasuk Peguam Negara, Parlimen serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Dalam masa sama, Hamidah turut berharap Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dapat memberi komen atau mengeluarkan satu kenyataan rasmi susulan penyerahan memorandum yang telah dibuat pada 19 Disember lalu.

Pada 19 Disember lalu, gabungan berkenaan menyerahkan satu memorandum kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Gan Wen Shen di pekarangan bangunan Parlimen bagi semakan dan nyahklasifikasi laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Mohd. Nazlan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI