fbpx

Pemain muda PSG boleh diharapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG mengesahkan kemaraan pada aksi Piala Perancis apabila berjaya menewaskan Chateauroux awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Tujuh pertukaran yang dilakukan tidak beri kesan besar buat Paris Saint-Germain apabila mengesahkan kemenangan 3-1 ke atas kelab divisyen ketiga, Chateauroux pada aksi pusingan ke­sembilan Piala Perancis, awal pagi semalam.

Pengendali PSG, Christophe Galtier memberi peluang kepada barisan pemain muda untuk turun beraksi dengan merehatkan trio sensasinya, Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar.

Bagaimanapun, perubahan berkenaan sedikit memberi masalah buat PSG apabila Chateauroux tidak memberikan laluan mudah, namun Galtier tetap puas melihat komitmen barisan pemain yang diturunkan.

“Saya sudah jangkakan permainan akan menjadi sukar tanpa kehadiran pemain utama, namun saya tetap berpuas hati dengan pemain muda kerana mereka menunjukkan kesungguhan dan ambil tugasan ini secara serius.

“Pasukan ini memiliki ramai pemain yang beraksi di Piala Dunia dan sudah pasti sesuatu yang sukar untuk mereka memulakan aksi pada tahun baharu. Jadi, kami perlu beri fokus semula kepada objektif utama kami,” katanya.

Pada perlawanan itu, Hugo Ekitike membuka jaringan buat PSG, namun Natanael Ntolla memastikan babak pertama berakhir 1-1 sebelum Carlos Soler dan Juan Bernat menjadi penyelamat buat The Parisians dengan menyumbangkan dua lagi gol untuk mengesahkan kemaraan ke pu­singan seterusnya.

Mengulas jaringan tunggal dihasilkan pasukan lawan, Galtier tidak menolak kemungkinan ia berlaku kerana para pemainnya memandang rendah keupayaan Chateauroux.

“Adakah kami fikir perlawanan ini akan menjadi senang? Ianya mungkin. Namun, saya puas apabila kami mara, namun ada ketikanya pemain saya mula beri harapan kepada Chateauroux,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI