fbpx

Nadiya Nisaa tak ‘melalak’ dicekik Fezrul Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABAK cekik antara Fezrul dan Nadiya tular dalam media sosial.

PELAKON hebat Nadiya Nisaa baru-baru ini mendapat pujian netizen apabila disifatkan sebagai aktres berbakat besar.

Mana tidaknya, walaupun ‘dibelasah’ teruk oleh aktor Fezrul Khan menerusi salah satu babak dalam drama, Nadiya masih boleh memberikan komitmen yang cukup baik bagi menjiwai wataknya.

Teruk jugak Nadiya dilanyak Fezrul apabila dia dicekik dalam babak tersebut.

Pasalnya, sebelum ini kan heboh apabila pelakon Reen Rahim mengamuk dicekik Fezrul ketika mereka bergandingan dalam sebuah drama. Berbeza pula dengan Nadiya.

Diva difahamkan dua pelakon itu membintangi sebuah drama berjudul Bukan Syurga Pilihan.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan lakonan Nadiya dan Fezrul.

“Haa! Ini baru ya pelakon hebat dan berbakat. Kena cekik tak ada nak melalak pun. Lakonan Nadiya Nisaa memang selalu terbaik,” kata seorang netizen.

Ingat senang ke nak jadi pelakon. Kalau senang Diva dah lama bergelar ‘superstar’ tau!

DIVA: Datuk Yusry makin kurus sebab makan nasi dua suap. Kau mampu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI