fbpx

KPM ajak NGO bincang isu pelajar tercicir secara holistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (kiri) ketika hadir pada program Pasar Percuma KADUN Jawi di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Panchor, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) mengajak mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbincang bagi menangani masalah keciciran pelajar secara lebih holistik.KPM

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dengan mengambil kira setiap pandangan yang dilontarkan pihak NGO berhubung isu tersebut.

Menurutnya, ini selaras dengan teras utama kementerian yang ingin memastikan masalah keciciran pelajar dalam pendidikan di sekolah dapat diatasi dengan segera.

“Kita memang maklum (mengenai maklum balas) dari semua pihak yang mengadakan kajian mengenai isu keciciran pelajar di kawasan mereka. Justeru, kita mohon pihak terlibat (NGO) rujuk KPM bersama data hasil kajian (untuk tindakan selanjutnya).

“Dengan ini, kita boleh buat intervensi bersama (NGO) seterusnya melihat sama ada program yang dilakukan KPM bagi mengatasi keciciran pelajar itu efektif atau tidak (dalam menangani isu ini),” katanya kepada pemberita pada program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kajian sebuah NGO yang mendakwa hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Beritahu beliau, pihaknya sememangnya mempunyai langkah bagi menangani isu keciciran pelajar dan kini dalam proses mendapatkan input berkaitan.

“Memandangkan kita belum ada data mengenai jumlah sebenar pelajar yang tercicir, jadi kita jemput NGO yang melakukan kajian ini untuk berbincang bagi mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir memberi saranan kepada KPM bagi merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional secara keseluruhannya.

Katanya, hal ini disebabkan kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI