fbpx

Kelab Thailand pantau dekat Stuart Wilkin, Darren Lok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADAM Pang tertarik dengan kelibat Wilkin dan Darren untuk diikat sebagai pemain kelab Port FC pada Liga Thailand.

KECEMERLANGAN Stuart Wilkin bersama Harimau Malaya pada kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berjaya menarik minat kelab Divisyen Satu Thailand, Port FC.

Kualiti yang dipamerkan pemain Sabah itu ketika menyum­bangkan dua gol pada aksi menentang Singapura menjadi modal utama kepada Port FC untuk terus mengikuti bakat Wilkin secara lebih dekat.

WILKIN (kiri) dan Darren menjadi perhatian kelab dari Thailand selepas beraksi cemerlang bersama skuad Harimau Malaya pada Piala AFF 2022.

Pengerusi Port FC, Nualphan Lamsam sendiri mengakui bakat yang dimiliki Wilkin, malah kelibat Darren Lok juga menarik perhatiannya untuk diletakkan dalam senarai calon untuk diikat oleh kelab Port Lions.

“Kapten Malaysia nombor 11 (Safawi Rasid) akan bermain de­ngan Ratchaburi, manakala seorang lagi (Dion Cools) sertai Bu­riram United. Jadi, sudah pasti Port FC juga akan memantau pemain pada kejohanan Piala AFF kali ini.

“Kami lihat perlawanan Malaysia lawan Singapura dan ternyata skuad Harimau Malaya memiliki ramai pemain bagus. Saya dapat lihat nombor 8 (Wilkins) dan 9 (Darren Lok), di mana pemain nombor 8 menjaringkan dua gol,” kata pengurus skuad kebangsaan Thailand itu.

Selain Safawi dan Cools, seorang lagi pemain, Junior Eldstal turut akan menyarung jersi kelab Thailand, PT Prachuap, manakala Zafuan Azeman sudah sah diumumkan sebagai pemain kelab divisyen kedua Thailand, Uthai Thani FC.

Ketika ini, selepas mengharu­ngi 15 perlawanan, Port FC menghuni tangga ketujuh Liga Thailand dengan mengumpul 22 mata hasil lima kemenangan dan tujuh seri.

Ditanya mengenai cadangan untuk melakukan pelaburan dalam industri bola sepak Malaysia, Lamsam yang lebih dikenali sebagai Madam Pang turut menyatakan minat tetapi ia ha­nya akan dapat dilakukan jika ada mana-mana pihak sanggup menjadi rakan kongsinya.

“Untuk turut serta dalam bola sepak, saya fikir ia sesuatu yang bagus jika ada rakan kongsi. Industri bola sepak di rantau ini semakin membangun.

“Jika sesebuah negara ada liga yang bagus, maka skuad kebangsaan juga akan menjadi bagus kerana dua perkara ini sentiasa berkait rapat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI