fbpx

Dua beranak ditahan, 7 bulan bersekedudukan dengan kekasih ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita dan anak perempuannya dicekup bersekedudukan bersama duda di dalam sebuah rumah di Serkam, Melaka.

MELAKA – Dua beranak dicekup bersekedudukan kira-kira tujuh bulan dengan seorang duda dalam serbuan Operasi Sentuhan Kecundang di Serkam, di sini, Khamis lalu.

Wanita berusia 50-an dan anak perempuannya, 16 tahun dicekup bersama-sama seorang lelaki 50-an kira-kira pukul 7.05 malam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, lebih mengejutkan wanita tersebut mengakui masih berstatus isteri orang dan mendakwa dalam proses penceraian.

“Hasil maklumat awam, satu serbuan telah dilakukan dan pemeriksaan di dalam rumah mendapati sepasang kekasih telah tinggal bersekedudukan bersama seorang remaja iaitu anak wanita berkenaan.

“Lelaki itu merupakan duda dan mendakwa akan berkahwin dengan wanita berkenaan tetapi masih belum melakukan proses untuk bernikah kerana kekasihnya itu masih berstatus isteri orang dan dalam proses penceraian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, ketika disoal siasat anak wanita terbabit turut mendakwa lelaki tersebut merupakan bakal ayahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, wanita itu memberi alasan telah ditinggalkan oleh suaminya hampir tujuh bulan dan proses penceraian sedang berjalan di Mahkamah Syariah.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta memberikan alasan baru sahaja datang ke rumah terbabit untuk membantu membaiki kenderaan wanita berkenaan.

“Namun, pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat pakaiannya di dalam bilik dan ruang tamu rumah tersebut,” katanya.

Che Sukri berkata, ketiga-ketiga mereka ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAIM untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI