fbpx

Salah Syamsul, jangan sampai saya kahwin betul-betul – Shamsul Ghau Ghau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKIBAT berita pernikahan kali kedua Syamsul Yusof, nama Shamsul Ghau Ghau turut terkait apabila ada netizen mengusik dirinya dalam media sosial.

PETALING JAYA – Pendedahan pengarah terkenal Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar turut memberi tempias kepada ‘Syamsul’ yang lain.

Pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau memaklumkan, rentetan apa yang berlaku, tidak semena-mena namanya disebut sebagai individu yang berkahwin dua sedangkan dia hanya setia kepada isteri yang satu, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.

“Orang lain yang kahwin, kenapa ‘tag’ aku?

“Aku kahwin betul-betul baru tahu,” coret Shamsul menerusi Instagram seraya menanda (tag) akaun rasmi isteri tersayang.

Perkongsian bernada gurauan tersebut membuatkan ramai geli hati dan meninggalkan pesanan buat pelawak itu dalam ruangan komen status dimuat naik.

“Jangan macam-macam bang,” komen pelakon Idris Khan bercanda.

“Disebabkan Syamsul seorang, habis Syamsul sebelanga,” tulis seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Syamsul akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Sarah, 38, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatApp selama setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI