fbpx

Suami bunuh isteri kerana enggan bancuh kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga orang disyaki membunuh seorang wanita muda membelakangkan diri di sebuah balai polis di Lombok baru-baru ini. - detikBali

JAKARTA – Seorang isteri muda yang mati dibunuh dipercayai akibat perbuatan suami bersama ipar dan ibu mertuanya di Lombok Tengah adalah seorang menantu yang rajin, kata bapa si pembunuh itu seperti dilaporkan portal berita detikbali semalam.  

Kenyataan bapa si pembunuh itu yang namanya dikenali sebagai Ariah, 54, adalah berbeza dengan pengakuan suami menantunya itu kerana dia mengaku membunuh isterinya disebabkan enggan menuruti arahannya dan tidak mahu membancuh kopi.

Malah pada setiap pagi, tanpa diperintah oleh ipar dan suaminya, menantunya itu selalu membancuh kopi untuk Ariah sebelum pergi ke kebun durian iaitu tempatnya bekerja.

“Dia rajin. Kalau mertua dan kakaknya tidak di rumah, dia saja yang buat (bancuh) kopi. Tanpa disuruh,” cerita Ariah ditemui detikBali di kediamannya di Dusun Pondok Komak Desa Lantan, Kecamatan Batukliang Utara, Lombok Tengah.

Sebelum mati dibunuh, wanita itu menjadi menantu idaman keluarga kerana setiap pagi dia selalu bangun untuk mencuci pinggan.

“Tidak ada (perasaan) curiga. Saya lihat mereka tidak pernah bergaduh,” jelasnya.

Pada Selasa lalu, wanita itu ditemui mati tergantung oleh adik iparnya di rumah setelah suaminya pergi beberja di ladang.

Bagaimanapun, keluarga wanita itu curiga tentang kematiannya dan akhirnya cerita sebenar diketahui bahawa dia disyaki dibunuh oleh suami, mertua dan iparnya.

Ketiga-tiga mereka ditahan di sebuah balai polis Lombok Tengah.

Menurut seorang pegawai polis Lombok Tengah, Redho Rizki Pratama,  suaminya sengaja memukul dan mencekik isterinya dan ketika mencekik mangsa,  dia dibantu oleh ipar wanita itu hingga meninggal dunia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI