fbpx

Pesta Lampu Antarabangsa tarikan baharu ke Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG melihat pelbagai rekaan unik hiasan lampu pada Pesta Lampu Antarabangsa Port Dickson yang diadakan di Kampung Baru Sirusa, Port Dickson.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON -Daerah pelancongan, Port Dickson kini mempunyai satu lagi daya tarikan baharu iaitu menerusi penganjuran Pesta Lampu Antarabangsa Port Dickson yang berlangsung sehingga 15 Mac depan.

Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Muhammad Zaki Yahya berkata, pesta julung kali diadakan di negara ini itu dijangka bakal menarik 1,000 orang pengunjung sehari.

“Pihak MPPD membantu pihak penganjur untuk mempromosikan satu tarikan baharu yang diadakan pada waktu malam di daerah ini, ia sekali gus dapat menarik pengunjung melihat suasana cahaya unik di sini.

“Walaupun lokasi di Kampung Baru Sirusa ini agak terpencil dan masih baharu namun, saya percaya ia tetap dapat menarik pelancong. Pesta seperti ini membuktikan pelabur luar melihat daerah ini berpotensi untuk terus membantu menjana untuk ekonomi negeri dan kawasan setempat.

“Saya berharap pesta ini dapat menjadi lokasi pelancongan baharu selain pantai peranginan yang terkenal di Port Dickson,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama pelbagai agensi di pesta tersebut yang diadakan di Kampung Baru Sirusa, di sini semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI