fbpx

Mahkamah: Timbalan Pengarah HTF dituduh tipu elaun Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhisham dituduh menipu petugas barisan hadapan HTF berhubung pemberian elaun Covid-19 di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menipu petugas kesihatan berhubung wang bantuan elaun Covid-19, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Norhisham Hassan, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Wanita itu meminta dibicarakan bagi semua pertuduhan berkaitan wang bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri Perlis kepada petugas barisan hadapan kesihatan HTF berjumlah RM272,000.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kepada petugas barisan hadapan HTF dan secara curang memperdaya mereka untuk menandatangani dokumen rekod mengesahkan penerimaan wang bantuan sebanyak RM400 seorang.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di HTF antara 27 hingga 29 April 2020 dengan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan perlu melaporkan diri setiap bulan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kangar.

Namun begitu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar bayaran jaminan dikurangkan dengan jumlah minimum atas alasan dia mempunyai komitmen lain antaranya perlu membayar pinjaman bank setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh membayar jaminan denda sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan RM40,000 bersama seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI