fbpx

Mahkamah: Shahrir lepas, bebas pertuduhan gagal isytihar RM1juta LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab. Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala Shahrir diwakili peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI