fbpx

[VIDEO] Kereta lembu atas jalan adalah latihan persiapan Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta lembu yang tular ditunggang di jalan raya oleh tiga lelaki di Jalan Besar, Seri Kembangan.

SERDANG – Kereta lembu yang tular ditunggang di jalan raya oleh tiga lelaki di Jalan Besar, Seri Kembangan, di sini, adalah bertujuan untuk berlatih bagi perarakan upacara sempena Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan satu video yang tular di media sosial berkenaan kejadian tersebut pada pukul 7 petang tadi.

Katanya, video tersebut memaparkan sebuah kereta lembu yang ditunggang oleh tiga lelaki di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, rakaman tersebut dirakamkan pada Isnin lalu, kira-kira pukul 10 pagi sebelum tular di media sosial.

“Menurut pemilik kereta lembu terbabit, aktiviti tersebut merupakan latihan baginya untuk perarakan sempena Thaipusam yang bermula Februari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Anbalagan, tuan empunya kereta lembu tersebut juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan dan menceritakan kejadian itu, hari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan sekiranya menggunakan sebarang binatang di jalan awam agar mematuhi undang-undang dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI