fbpx

Air tangan emas Kim Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penyokong skuad Harimau Malaya pasti kecewa jika kapasiti tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terhad akibat persiapan konsert Coldplaay yang berlangsung pada 22 Noveber depan.

MESKIPUN belum genap setahun dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, namun jurulatih berasal dari Korea Selatan, Kim Pan-gon nyata memiliki sentuhan emas apabila mengemudi Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan membelasah Singapura 4-1 pada detik hidup mati di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

KIM PAN-GON

Disaksikan oleh 65,147 penonton di stadium keramat negara, Malaysia meledak gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi Darren Lok, diikuti Stuart Wilkin yang menambah luka skuad Kallang Lions dengan dua gol (minit 50 dan 54) sebelum Sergio Aguero melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-88, manakala gol sagu hati Singapura dihasilkan Faris Ramli (85’).

Kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFF itu menepis segala keraguan banyak pihak terhadap skuad Harimau Malaya kali ini yang dilabelkan sebagai ‘Malaysia B’ selepas Pan-gon tidak dapat menggunakan khidmat pemain-pemain terbaik negara seperti skuad yang beraksi pada kelayakan Piala Asia pertengahan tahun lepas.

“Saya fikir ini menjadi salah satu daripada permainan terbaik dan kita dapat lihat kemahuan pemain yang memberikan jiwa mereka ketika berada di atas padang. Apa yang dipersembahkan pemain begitu mengujakan saya,” kata Pan-gon.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI