fbpx

Sabasun Hyperruncit sasar buka 2 cawangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu cawangan Sabasun yang menjadi tumpuan masyarakat di Terengganu. -Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU –  Syarikat pasar raya milik bumiputera, Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd. (Sabasun) bakal melabur sehingga RM14 juta untuk membuka dua lagi cawangan baharunya pada suku kedua tahun ini.

Pengarah Urusannya, Che Salmi Che Ibrahim berkata, syarikatnya turut meletakkan sasaran peningkatan pendapatan tahunan sehingga RM40 juta berikutan pembukaan dua cawangan tersebut.

“Sabasun kini memiliki enam cawangan iaitu dua di Kemaman dan masing-masing sebuah di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu selain satu cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Kami merancang untuk membuka dua lagi rangkaian pasar raya baharu di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan di Kampung Binjai, Kemaman selewat-lewatnya Jun depan,” katanya di sini semalam.

Che Salmi menjelaskan, sepanjang tahun lalu, Sabasun menjana pendapatan tahunan RM248 juta.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya dan prestasi jualan di enam cawangan sedia ada cukup baik.

“Begitupun, cawangan Kampung Baru yang merupakan pertama di luar Terengganu masih memerlukan sedikit masa lagi untuk dikenali,” katanya.

Dalam pada itu Che Salmi memberitahu, Sabasun telah membantu 350 usahawan mikro, kecil dan sederhana (IKS) tempatan menjana pendapatan sehingga RM3 juta sebulan.

Jelasnya, lebih 3,500 produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  yang ditempatkan di rangkaian pasar raya berkenaan mendapat sambutan tinggi pengguna. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI