fbpx

[VIDEO] Pemandu lori lawan arus direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU lori yang bertindak memandu secara melawan arus dalam kejadian di Kilometer 55 Lebuh Raya Linkedua, Gelang Patah semalam ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori berusia 41 tahun ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Gelang Patah, di sini semalam.

Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini.

Semalam, seorang pemandu lori ditahan polis kerana memandu secara berbahaya melawan arus hingga merempuh dua buah kereta dalam kejadian di Kilometer 55 Lebuh Raya Linkedua.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta Mercedes Benz itu mengalami kecederaan di bahagian leher dan kaki.

Beliau berkata, pemandu lori terbabit yang didapati di bawah pengaruh alkohol telah ditahan pada pukul 4.40 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI