fbpx

Muhammad Tauffik dilantik TNC USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDAFTAR USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali (kiri) menyerahkan kad Timbalan Naib Canselor kepada Muhammad Tauffik sambil disaksikan oleh Sharifudin (tengah) dan pengurusan tertinggi universiti pada majlis ringkas yang diadakan di lobi Canselori USIM, Nilai, Seremban.

SEREMBAN – Profesor dalam bidang perubatan keluarga di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Muhammad Tauffik Mohd. Noor dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) universiti berkenaan.

Pelantikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi itu berkuat kuasa selama tiga tahun bermula semalam sehingga 2 Januari 2026.

Jawatan berkenaan sebelum ini digalas oleh Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

USIM dalam kenyataan memaklumkan, sebelum berkhidmat di USIM, Muhammad Tauffik pernah berkhidmat di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1994 sehingga 2004 dan di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2005 sehingga 2013.

“Beliau banyak berjasa dalam membangunkan kurikulum prasiswazah program perubatan USIM yang berpaksikan kepada integrasi ilmu naqli dan aqli, program pascasiswazah dalam bidang pperubatanpkeluarga, penyelidikan dalam bidang perubatan keluarga, penjagaan Paliatif dan kesihatan lelaki.

“Berdasarkan pengalaman luas dalam pembentukan kurikulum akademik, beliau telah dilantik menjadi ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dari tahun 2011 sehingga 2013 selain sebagai panel penilai program perubatan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan MMC di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia

“Beliau juga telah diminta oleh Kementerian Pendidikan ketika itu untuk menilai program perubatan di Tunisia dan Maghribi” kata kenyataan tersebut hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, Muhammad Tauffik juga pernah menjawat jawatan Pengarah Pusat Pakar Kesihatan USIM pada tahun 2015 hingga 2016.

“Beliau juga pernah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam menawar dan memberikan perkhidmatan kepakaran perubatan dan kesihatan kepada masyarakat terutamanya golongan asnaf dan fakir di Negeri Sembilan khususnya di Nilai melalui Klinik Pakar Perubatan dan Pergigian USIM, Klinik Pakar Bergerak USIM dan Perkhidmatan Hemodialisis USIM-MAINS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI