fbpx

Malaysia melaknat tindakan menteri Israel ceroboh laman Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Itamar Ben Gvar diiringi seorang rabi Yahudi menceroboh salah satu kawasan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis awal pagi semalam.

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab seorang menteri rejim Israel yang menceroboh masuk ke dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa dalam satu kejadian yang berlaku semalam.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, perbuatan terkutuk itu jelas menggambarkan satu bentuk provokasi jahat ke atas status-quo kawasan Baitulmaqdis.

“Justeru, Malaysia melaknat dengan tegas aksi tindakan pencerobohan kurang ajar oleh menteri berkenaan ke atas kedudukan kompleks masjid Al-Haram Al-Sharif,” katanya di sini tadi.

Semalam, Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar Ben Gvir berhaluan kanan melawat kawasan tersebut yang juga dirujuk masyarakat Yahudi sebagai Temple Mount.

Kunjungan beliau yang berhaluan kanan ke situ pukul 7 pagi selama 15 minit ketika tempoh dibenarkan bagi penganut berkenaan mencetuskan bantahan banyak negara Islam.

Kedutaan Amerika Syarikat di negara haram itu serta Majlis Keselamatan Nasional White House sendiri memberi amaran tindakan beliau boleh menjejaskan proses keamanan.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menambah, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa menuntut rejim Zionis bagi segera menghentikan provokasi dan mengekalkan kestabilan.

“Malaysia turut sentiasa berdiri teguh bersolidariti dengan penduduk Palestin dan mengulangi pendirian status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.

“Pada masa sama, Malaysia menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan suci Palestin untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel,”’jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI