fbpx

Anwar terima ucapan tahniah daripada PM Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video Anwar menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau dan Shehbaz memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Pakistan dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan antara rakyat.

“Saya turut menzahirkan kesediaan supaya Malaysia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama.

“Malaysia dan Pakistan akan terus memperkukuh kerjasama dua hala sejak peningkatan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik pada 2019,” katanya ketika menerima panggilan telefon dari Shehbaz hari ini.

Melalui perbualan tersebut juga, Shehbaz mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dan turut menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Anwar.

“Penghormatan bagi anda bukan sahaja daripada rakyat Malaysia dan Pakistan tetapi juga dari seluruh dunia, disegani dan memang diketahui.

“Saya juga berharap akan segera bertemu anda tidak lama lagi,” katanya.

Shehbaz juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana membantu rakyat Pakistan yang terkesan dengan banjir melanda negara itu baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI