fbpx

Kadar pengangguran rantau Arab tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tukang besi bekerja di sebuah kilang kecil di Baghdad, Iraq pada 20 Februari 2019. – AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Satu tinjauan baharu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati rantau Arab merekodkan kadar pengangguran 12 peratus pada 2022 yang merupakan angka tertinggi di dunia, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Tinjauan Perkembangan Ekonomi dan Sosial di Wilayah Arab itu diterbitkan oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia Barat (ESCWA). Ia meramalkan usaha pemulihan ekonomi pasca Covid-19 bakal susut sedikit pada  tahun ini kepada 11.7 peratus.

Selain itu, kadar kemiskinan yang diukur  turut melonjak dan menjejaskan seramai 130 juta penduduk di negara-negara Arab.

Tidak termasuk Libya dan Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk, lebih satu pertiga  populasi rantau itu terjejas.

Ia menjadikan kadar kemiskinan dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang dengan mencecah 36 peratus daripada populasi penduduk dunia Arab pada 2024.

Dalam pada itu, meskipun terdapat gangguan yang dicetuskan oleh pandemik Covid-19 dan perang  di Ukraine, tinjauan sama menunjukkan ekonomi diunjur berkembang 3.4 peratus di seluruh rantau Arab.

Meskipun kadar inflasi melonjak kepada 14 peratus tahun lepas, ia disasarkan berkurang kepada lapan dan 4.5 peratus masing-masing pada tahun ini dan 2024.

Menurut ketua pengarang kajian tersebut, Ahmed Moummi, meskipun prospek pertumbuhan dilihat positif, perbezaan ketara antara negara-negara Arab kekal signifikan dan diburukkan lagi oleh perang di Ukraine.

Mengakui bahawa kesannya tidak sama untuk semua negara Arab, Ahmed Moummi menegaskan bahawa anggota Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk dan negara pengeksport minyak lain di rantau Arab akan terus mendapat manfaat daripada harga tenaga yang lebih tinggi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI