fbpx

Isu kualiti pelekat cukai jalan akan diatasi – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi JPJ hari ini.

PUTRAJAYA – Masalah kualiti pelekat cukai jalan kurang berkualiti serta cepat rosak akan diatasi dan ditambah baik mulai tahun ini.

Itu janji Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hari ini.

Loke berkata, perkara itu akan diatasi dan dimasukkan dalam perancangan JPJ bagi tahun ini.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.

“Sebarang pelaksanaan inisiatif baharu akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, pengguna berkongsi rungutan mengenai pelekat cukai jalan JPJ yang mudah rosak serta kesan gam yang sukar untuk ditanggalkan daripada cermin kenderaan.

Malah, ada yang mengesyorkan JPJ supaya memperkenalkan cukai jalan digital seperti penggunaan sijil vaksinasi digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam pada itu, Loke berkata, antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalanraya.

“Agenda utama kita ialah mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat yang menyusahkan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI